Skype Menguji Sokongan Panggilan Berkumpulan Sehingga 50 Orang
Microsoft hari ini mengumumkan yang mana melalui Skype Insider Preview, mereka telah memulakan ujian untuk membuat panggilan berkumpulan sehingga 50 orang. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan Skype digunakan dengan lebih meluas pada organisasi besar.
Sebelum ini, Skype mengehadkan panggilan berkumpulan sehingga 25 orang sahaja.
Pada masa yang sama, untuk panggilan berkumpulan mencapai 50 orang ini, ia tidak akan melakukan deringan pada peranti penerima, sebaliknya sekadar menghantar notifikasi meminta pengguna menyertainya. Ini untuk mengelak pengguna yang tidak dapat menyertainya daripada terganggu.
Buat masa ini, ciri ini diuji pada Skype Insider Preview. Kita mungkin akan melihat ia diimplementasikan pada versi akhir Skype dalam beberapa bulan lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ho9VOe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment