Hi! Welcome Back and Stay Tune! Turtle Beach Dikatakan Bakal Membeli Syarikat Aksesori Permainan Roccat Untuk RM78.5 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Turtle Beach Dikatakan Bakal Membeli Syarikat Aksesori Permainan Roccat Untuk RM78.5 Juta

Berita mengenai pembelian syarikat permainan aksesori bukanlah sesuatu yang jarang didengari. Syarikat-syarikat seperti Logitech dan Razer diantara nama-nama yang sering didengari apabila syarikat-syarikat lebih kecil dibeli.

Turtle Beach ialah sebuah syarikat yang terkenal untuk aksesori fon kepala gaming mereka, dan terkini, mereka nampaknya bakal mengembangkan sayap perniagaan ke aksesori-aksesori lain pula, kerana mereka dikatakan akan mengambil alih sebuah lagi jenama aksesori gaming, Roccat.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan, Turtle Beach bakal membeli Roccat untuk $19.2 juta (RM78.5 juta) dengan gabungan wang tunai, stok saham dan sebagainya, dan akan mengambil alih keseluruhan bisnes syarikat tersebut.

Roccat dikenali untuk aksesori-aksesori gaming seperti papan kekunci, tetikus, pad tetikus dan juga kerusi gaming, dan ia dikatakan diantara jenama-jenama gaming yang paling terkenal di rantau Eropah.

Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka bahawa Turtle Beach akan mengembangkan lagi bisnes mereka ke rantau-rantau seperti Asia Pasifik dan sebagainya, dan mengaut keuntungan yang besar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2XXb1VU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.