(April Fool) Google Melancarkan Fungsi Screen Cleaner Yang Membersihkan Kekotoran Pada Skrin Peranti
Menurut kajian saintis, skrin peranti pintar adalah lebih kotor berbanding kerusi tandas. Jutaan bakteria membiak dengan girang pada skrin dan kita dengan selamba meletakkannya pada muka untuk menjawab panggilan telefon. Bagi mereka yang fobia dengan kekotoran, Google melancarkan fungsi Screen Cleaner di dalam aplikasi Files mereka hari ini.
Menerusi Screen Cleaner, skrin peranti yang kotor dapat dibersihkan semudah menekan butang di dalam aplikasi. Kekotoran seperti cap jari, tompokan minyak, sambal dan kuah kari pada skrin boleh dibuang dengan mudah tanpa perlu menggunakan air. Terbaik sekali peranti yang tidak kalis air boleh menggunakan Screen Cleaner untuk membersihkan kotoran. Fungsi ini pastinya berguna bagi mereka yang agak pengotor. Sila gunakannya hari ini kerana fungsi tidak akan disokong esok.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JRLiLG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment