Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mengemaskini Peranti Microsoft Surface Book 2 Dengan CPU Intel Core i5 Generasi Kelapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mengemaskini Peranti Microsoft Surface Book 2 Dengan CPU Intel Core i5 Generasi Kelapan

Microsoft Surface Book 2 ialah sebuah peranti tablet yang hadir dengan dok papan kekunci yang menjadikannya sebuah laptop premium. Ia hadir dengan dua saiz yang berbeza (13.5 inci, 15 inci) dan spesifikasi dalaman yang berkuasa.

Terkini, Microsoft nampaknya telah mengemaskini peranti Surface Book 2 tersebut dengan menambahkan satu pilihan cip pemprosesan baru, iaitu Intel Core i5 generasi kelapan yang hadir dengan empat teras pemprosesan berbanding dengan dua sahaja pada CPU Intel Core i5 generasi ketujuh sebelum ini.

Dari segi memori dan storan, peranti Surface Book 2 dengan CPU Intel Core i5 generasi kelapan ini dilengkapi dengan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD sebanyak 256GB.

Kemaskini ini nampaknya hanya hadir untuk peranti Surface Book 2 bersaiz 13.5 inci dengan spesifikasi kelas pertengahan, kerana model 15 inci masih lagi dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 generasi kelapan dan memori sebanyak 16GB dan storan SSD sebesar 1TB.

Dari segi harga, model peranti Microsoft Surface Book 2 terbaru ini berharga $1499 (~RM6000) dan hadir untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FNkUyH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.