Why Am I Seeing This? – Facebook Hadir Dengan Ciri Baru Untuk Memudahkan Pengguna Mengawal Kandungan Yang Hadir Pada Susur Masa Facebook
Sebelum ini, Facebook memperkenalkan ciri “Why Am I Seeing This Ad?” sebagai satu cara untuk pengguna mengawal jenis iklan yang dipamerkan di susur masa mereka.
Kini, Facebook dilihat mengumumkan ciri “Why Am I Seeing This Post” yang membolehkan pengguna melihat mengapa mereka melihat pos yang mungkin tidak diketahui asal-usulnya, seperti dari kumpulan yang disertai oleh rakan-rakan di platform tersebut.
Diantara butiran yang diperlihatkan melalui ciri ini termasuklah:
- Mengapa anda sedang melihat pos tersebut
- Kekerapan anda berinteraksi dengan pos dari pengguna ataupun kumpulan Facebook yang dilihat
- Kekerapan interaksi dengan jenis pos (pos biasa, gambar, video)
- Populariti pos yang dikongsi oleh pengguna
Ciri ini juga membolehkan pengguna untuk memilih untuk melihat jenis kandungan yang diposkan oleh rakan-rakan mereka. Ini termasuklah pilihan untuk tidak melihat pos daripada kumpulan-kumpulan Facebook yang disertai oleh rakan-rakan mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2VbvMvw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment