Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyelidik UiTM Menemui Cara Lebih Murah Untuk Menghasilkan Adikapasitor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyelidik UiTM Menemui Cara Lebih Murah Untuk Menghasilkan Adikapasitor

Teknologi bateri yang tidak bergerak selari dengan teknologi semasa adalah tumit Achilles telefon pintar di tangan anda sekarang. Keperluan tenaga meningkat tetapi bateri yang lebih kompak dan tahan lama masih belum mampu dihasilkan. Bateri Li-Ion juga mempunyai hayat terhad beberapa ribu kitaran pengecasan sebelum tidak lagi memberikan prestasi optimum.

Antara teknologi yang sedang dibangunkan untuk menguasai peranti ialah menggunakan adikapasitor. Ia boleh dicas dengan pantas tetapi kos menggunakan karbon-grafena adalah amat tinggi. Menurut laporan The Star, pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan National Chiao Tung University Taiwan berjaya menemui cara lebih murah menghasilkan adikapasitor. Profesor Madya Dr Tan Winie dari fakulti sains gunaan UiTM mengetuai pasukan penyelidik Malaysia ini.

Bahan oksida logam peralihan dari unsur besi dan kobalt digunakan sebagai ganti karbon-grafena. Kos menghasilkan oksida logam peralihan ini hanya RM2 untuk setiap gram berbanding sekitar RM500 untuk karbon-grafena. Ini mengurangkan kos menghasilkan adikapasitor untuk kegunaan massal.

Adikapasitor berguna untuk peranti yang memerlukan tempoh pengecasan yang adipantas tetapi mempunyai tempoh penggunaan yang pendek. Ia masih tidak boleh digunakan sebagai bateri kerana kemampuan menyimpan cas yang kecil. Ia walau bagaimanapun tidak kehilangan kemampuan menyimpan caj sepantas bateri Li-ion.

Penyelidik dari UiTM dan National Chiao Tung University Taiwan kini melakukan lebih banyak ujian bagi memastikan bahan oksida logam peralihan yang digunakan selamat dan stabil bagi mengelakkan risiko letupan serta terbakar. Langkah seterusnya pula ialah menghasilkan adikapasitor yang mampu menyimpan kemampuan mengecas sehingga lima tahun.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TJl2Tj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.