Facebook Sedang Mengkaji Mengehadkan Fungsi Penstriman Video Secara Langsung Kepada Pengguna
Sudah lebih dua minggu insiden serangan pengganas di Christchurch New Zealand distrim secara langsung oleh ekstremis ketuanan kulit putih. Sebanyak 50 individu termasuk seorang rakyat Malaysia terkorban. Kejadian menyayat hati ini menyebabkan ramai pengguna mula merasakan fungsi penstriman langsung perlu ditapis bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
Sheryl Sandberg, CEO Facebook menerusi surat terbuka yang diterbitkan oleh New Zealand Herald mengesahkan pihak mereka sedang mengkaji mekanisme untuk mengehadkan fungsi penstriman video secara langsung kepada pengguna. Antara yang dicadangkan ialah memperketatkan garis panduan penggunaan Facebook Live. Pengguna yang pernah melanggar garis panduan komuniti mungkin akan disekat. Facebook juga akan memantau kandungan berbentuk kebencian serta menyokong komuniti di New Zealand.
Masalah penstriman langsung dengan kandungan yang melampau bukan perkara baru. Sudah terdapat insiden pengguna menstrim pembunuhan dan membunuh diri menerusi penstriman langsung. Sudah tiba masanya langkah serius diambil bagi memantau masalah yang serius ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2V4lsoS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment