Hi! Welcome Back and Stay Tune! edotco Menggunakan Sumber Tenaga Hibrid Lestari Untuk Keperluan Stesen Pemancar-Penerima Luar Bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

edotco Menggunakan Sumber Tenaga Hibrid Lestari Untuk Keperluan Stesen Pemancar-Penerima Luar Bandar

Hari ini, edotco Malaysia mengumumkan kejayaan mereka dalam penghasilan tenaga hibrid yang boleh diperbaharui menggunakan sel bahan bakar bagi keperluan stesen pemancar-penerima (BTS) di luar kawasan grid di Sabah.

Menerusi penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini, ia menunjukkan komitmen edotco dalam memperjuangkan kemampanan positif terhadap komuniti dan alam sekitar. Seterusnya, tenaga ini turut membolehkan penyambungan pada kawasan terpencil. Di mana penyelesaian luar grid ini dapat menjana tenaga bersih kepada BTS yang terletak di kawasan pedalaman dengan akses terhad kepada grid elektrik.

Untuk makluman anda, projek tenaga hibrid ini menggunakan sel bahan bakar yang berasaskan elektrolisis. Di mana ianya menggunakan tenaga berlebihan yang dihasilkan daripada sumber kuasa solar. Pembaharuan tenaga hibrid ini turut dapat mengurangkan kos operasi dan sekali gus mengekalkan kelestarian ekosistem.

Penyelesaian ini memperlihatkan potensi tenaga dalam mempercepatkan penggunaan infrastruktur telekomunikasi di kawasan terpencil untuk membina penyambungan. Malah ia juga, membolehkan penyambungan tenaga pada jarak yang luas dan kawasan yang mencabar seperti di Sabah dan Sarawak. Perolehan tenga solar yang tinggi, menjadikan solar adalah sumber semulajadi yang cekap, dipercayai dan mesra alam.

Inisiatif positif ini selaras dengan agenda pengurangan karbon pada ekosistem. Secara tidak langsung dapat memacu penghasilan tenaga dan mempertahankan kemampanan pada projek edotco ini. Melalui usaha berterusan, tenaga hibrid ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar menerusi penggunaan mesin kejuruteraan hijau, ia dapat melestarikan ekosistem negara.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2XukiE1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.