Google Bakal Menambah Sokongan “Mod Pembacaan” Pada Chrome Di Desktop
Google nampaknya akan menambah sokongan “Mod Pembacaan” atau “Reader Mode” pada pelayar web Chrome di desktop tidak lama lagi. Buat masa ini, ciri ini telah mula diuji pada Chrome Canary – menandakan ia bakal diperkenalkan pada pelayar web Chrome versi stabil dalam masa beberapa bulan lagi.
Melalui ciri “Mod Pembacaan” ini, ia akan memudahkan lagi pengguna memfokuskan kepada artikel pada sesuatu laman dengan menyembunyikan pelbagai elemen yang menganggu – termasuk pengiklanan, animasi, dan sebagainya. Ia hanya akan mengekalkan paparan teks dan imej pada artikel – sekaligus memudahkan lagi proses pembacaan anda.
Sekiranya anda menggunakan Chrome Canary, anda boleh mengaktifkan ciri ini hari ini dengan ke chrome://flags/#enable-reader-mode.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Gtw9vk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment