Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maxis Dijangka Membuka Pendaftaran Pakej 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps Seawal Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maxis Dijangka Membuka Pendaftaran Pakej 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps Seawal Minggu Hadapan

Pada minggu ini, kita telah melihat pihak Telekom Malaysia hadir dengan penawaran Unifi 300Mbps untuk pelanggan baru. Kini, tidak ketinggalan adalah Maxis, dimana mereka dijangka membuka pendaftaran untuk pakej jalur-lebar mereka tidak lama lagi.

Maxis Home Fiber 300Mbps

Tiga pakej baru yang dijangka akan ditawarkan oleh Maxis adalah pada kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan juga 800Mbps. Pakej 300Mbps ditawarkan pada harga langganan RM149 sebulan, pakej 500Mbps pada harga langganan RM219 sebulan, dan 800Mbps pada harga langganan RM299 sebulan.

Pakej yang ditawarkan dilihat sedikit murah berbanding dengan penawaran TM – dimana Unifi 300Mbps hadir pada harga langganan RM199 sebulan. Walaubagaimanapun, pihak TM menawarkan kandungan tambahan melalui HyppTV.

Kesemuanya menawarkan kelajuan muat-turun dan muat-naik yang berbeza, tetapi hadir dengan penggunaan kuota tanpa had. Menariknya juga, kesemua pakej ini hadir dengan sokongan panggilan tanpa had.

Maxis dilihat turut akan menawarkan 2 Mesh WiFi secara percuma untuk pakej 500Mbps dan juga 800Mbps – sekaligus memastikan kawasan rumah anda mempunyai liputan menyeluruh berbanding penggunaan penghala (router) semata-mata.

Maxis dijangka membuka pendaftaran pakej ini seawal minggu hadapan. Seperti biasa, pendaftaran pakej ini dijangka tertakluk kepada sokongan infrastruktur yang disediakan di sesuatu kawasan perumahan berkenaan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya secara rasmi pada minggu hadapan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GwbyaK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.