Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Akan Berhenti Meminta Kata Laluan Email Pengguna Untuk Mengesahkan Akaun Pengguna Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Akan Berhenti Meminta Kata Laluan Email Pengguna Untuk Mengesahkan Akaun Pengguna Baru

Apabila seseorang mendaftar untuk apa-apa akaun laman web, biasanya mereka akan menerima pautan sekuriti ataupun kod untuk mengesahkan akaun tersebut. Akan tetapi, sejumlah kecil pengguna baru Facebook baru-baru ini dikatakan telah diminta kata laluan email mereka untuk mengesahkan akaun tersebut..

Terkini, Facebook telah memberitahu laman web Axios bahawa mereka akan berhenti meminta sekumpulan kecil pengguna-pengguna baru untuk kata laluan email mereka, kerana mereka sedar bahawa ini bukanlah cara terbaik untuk mengesahkan akaun pengguna, dan mereka sudahpun mempunyai cara-cara lain seperti pautan keselamatan dan juga kod keselamatan.

Facebook juga menerangkan bahawa mereka tidak menyimpan kata-kata laluan yang diminta, tetapi sedar akan implikasi sekuriti apabila meminta butiran peribadi tersebut. Sebelum ini, Facebook dilaporkan meminta kata laluan akaun email untuk pengguna-pengguna baru yang menggunakan alamat email yang tidak mempunyai ciri sekuriti OAuth.

Ini bukanlah kali pertama Facebook dilihat mengamalkan sikap sambil lewa mengenai isu keselamatan, kerana sebelum ini mereka mengaku bahawa mereka menyimpan kata laluan akaun pengguna dalam bentuk teks biasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TRzKYr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.