Huawei Menyasarkan Untuk Mengatasi Samsung Sebagai Jenama Telefon Pintar Terbesar Menjelang 2020
Huawei sebelum ini telah beberapa kali menyatakan hasrat untuk mengatasi Apple dan Samsung sebagai jenama telefon pintar terbesar dunia. Mereka telah pun sedia melangkaui pihak Apple sebagai pengeluar peranti, dan kini turut menyasarkan untuk mengatasi pihak Samsung.
Berkongsi kepada Business Insider, Richard Yu mengatakan Huawei menyasarkan untuk mengatasi pihak Samsung secepat mungkin, sama ada tahun ini atau tahun 2020 kelak.
Sebagai langkah untuknya juga, Huawei sedia memperkenalkan sejumlah inovasi baru pada telefon pintar mereka dalam menarik lebih ramai pengguna – termasuk sokongan kamera dengan zoom yang sangat baik pada Huawei P30 Pro yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Persaingan antara kedua-dua jenama ini agak menarik untuk dilihat, apatah lagi dengan pihak Samsung pada tahun ini dilihat telah mengubah sedikit strategi dan mula menawarkan sejumlah peranti dengan ciri-ciri menarik pada harga lebih mampu milik.
Sama-sama kita nantikan bagaimana Huawei dan Samsung sama-sama bersaing dalam menjadi jenama telefon pintar terbesar dunia – selain persaingan daripada sejumlah pihak lain seperti Apple dan Xiaomi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YHRERa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment