Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Slides Akhirnya Menyokong Perletakkan Audio Di Dalam Sesuatu Perbentangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Slides Akhirnya Menyokong Perletakkan Audio Di Dalam Sesuatu Perbentangan

Google Slides merupakan salah satu perkhidmatan untuk menyediakan perbentangan secara atas talian. Ia merupakan alternatif terdekat kepada Microsoft PowerPoint, namun ia masih tidak menyajikan perletakkan audio. Melalui pengumuman yang dibuat melalui blog G Suite Updates, Google akhirnya bakal menyertakan kebolehan ini pada perkhidmatan Google Slides.

Fungsi ini telah diletakkan atas permintaan daripada pengguna yang ingin meletakkan audio di dalam perbentangan mereka. Kebanyakan perisian perbentangan sudah menyediakan fungsi ini secara terbina, namun agak mengejutkan kerana Slides tidak mempunyai sokongan ini. Dengan perletakkan audio, ia membolehkan perbentangan menjadi lebih menarik melalui perletakkan klip audio pendek atau muzik latar.

Untuk meletakkan audio ini, anda boleh melakukannya dengan menuju ke butang “Insert” dan klik pada “Audio”. Ia membolehkan anda mendapatkan fail audio daripada Google Drive, sekaligus memudahkan akses di antara peranti. Apabila sesuatu audio diletakkan, pengguna boleh mengubah kelantangan audio atau membuat loop audio tersebut.

Fungsi ini masih belum tersedia untuk pengguna namun akan diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini untuk pengguna perusahaan. Bagi pengguna umum, fungsi ini akan ditawarkan secara berperingkat bermula 18 April ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HVDQx8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.