Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Menjangkakan Peningkatan Inovasi Sebanyak Dua Kali Ganda Di Malaysia Melalui Kecerdasan Buatan Menjelang 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Menjangkakan Peningkatan Inovasi Sebanyak Dua Kali Ganda Di Malaysia Melalui Kecerdasan Buatan Menjelang 2021

Bersempena acara Microsoft Innovation Summit 2019 semalam, Microsoft dan IDC Asia Pasifik telah melancarkan penemuan kajian mereka berkenaan kecerdasan buatan. Kajian Persiapan Perniagaan Masa Hadapan: Menilai Potensi Pertumbuhan Asia Pasifik Menerusi Kecerdasan Buatan ini adalah kajian yang menganalisis kesan teknologi terhadap operasi perniagaan dan ekonomi Malaysia.

Menjelang 2021, terdapat perubahan pada kadar inovasi kecerdasan buatan negara iaitu dapat mencapai peratusan dua kali ganda daripada sekarang. Malah, ia dijangka dapat meningkatkan lagi produktiviti pekerja sebanyak 60% di Malaysia. Penyataan ini telah disokong oleh 7/10 pemimpin perniagaan, bahawa kecerdasan buatan mampu memainkan peranan penting pada daya saing organisasi. Buat masa ini, peratusan penerapan sistem kecerdasan buatan negara pada operasi perniagaan hanyalah sekadar 26% sahaja.

K Raman – Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia turut menyatakan setiap organisasi perniagaan perlu menjadi peneraju teknologi terbaik dalam kelas tersendiri. Di mana mereka perlu membina keupayaan sistem digital mereka bagi memperkukuhkan lagi operasi kecerdasan buatan tersebut.

Menerusi kajian sebegini, secara terus ia dapat memacu teknologi kecerdasan buatan dalam mempercepatkan transformasi perniagaan negara. Seterusnya, membolehkan inovasi dan peningkatan produktiviti  pekerja dalam pasaran. Berikut, ia dapat menjadi panduan kepada perniagaan yang masih belum memulakan perjalanan kecerdasan buatan perniagaan mereka.

Berdasarkan kajian ini juga, mereka telah meninjau hampir 1,605 pasaran perniagaan, dan 1,585 pekerja dari 15 buah negara yang mengambil bahagian dalam acara ini. Angka ini turut merangkumi 100 orang  pemimpin perniagaan tempatan dan 100 pekerja di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I8xsCa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.