Facebook Akan Mengharamkan Aplikasi Kuiz Dan Menarik Kebenaran Akses Aplikasi Selepas 90 Hari
Skandal Cambridge Analytica mendedahkan bagaimana aplikasi dan kebenaran aplikasi boleh mengakibatkan data pengguna digunakan tanpa kebenaran. Sejurus selepas isu privasi ini mula menjadi perbualan hangat, Facebook mengemaskini skrin tetapan aplikasi bagi memudahkan kebenaran akses data ditarik secara pukal.
Mereka kini memperketatkan lagi syarat-syarat penggunaan API oleh aplikasi serta tempoh kebenaran diberikan. Aplikasi berbentuk kuiz seperti “Apakah nama Ninja Naruto Anda” kini tidak lagi dibenarkan pada platform mereka. Aplikasi dengan nilai utiliti yang rendah ini sekaligus diharamkan.
Kebenaran yang diberikan kepada aplikasi akan ditarik secara automatik selepas 90 hari tidak digunakan pemilik akaun. Pengguna tidak perlu lagi membuang akses secara manual. Beberapa API tertentu juga tidak lagi ditawarkan kepada pembangun. Kesemua API dalam senarai ini akan dihentikan akses bermula 30 julai 2019.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IXJBKw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment