Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menyambut “Avengers” Dengan “Menghilangkan” 50% Hasil Carian Selepas “Petikan Jari” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menyambut “Avengers” Dengan “Menghilangkan” 50% Hasil Carian Selepas “Petikan Jari”

Thanos merupakan salah satu watak fiksyen yang popular di Avengers, dimana watak jahat dalam siri filem Avengers. Melalui watak Thanos, pelbagai mutiara dihimpunkan pada sarung tangan, dan sesuatu petikan boleh membawa kepada pelbagai perubahan – dan Thanos menggunakannya dalam menghilangkan sekitar 50% populasi dunia dalam siri filem Avengers.

Kini, bersempena dengan Avengers : Endgame, pihak Google turut menyambut tayangan filem berkenaan dengan menyediakan kesan khas tersembunyi pada laman hasil carian mereka.

Apabila anda melakukan carian untuk kata kunci “Thanos”, kini sebuah ikon sarung tangan dipaparkan pada bahagian Knowledge Graph. Dan apabila pengguna klik padanya, ia akan memaparkan animasi hasil carian yang menghilang – sekaligus mengurangkan hasil carian berkenaan kepada sekitar 50%.

Pengguna juga turut boleh menekan kembali ikon berkenaan untuk mengembalikan kembali hasil carian yang hilang berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri kesan khas ini pada hasil carian Google hari ini dengan melakukan carian “Thanos” pada enjin carian berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZskrJQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.