Kes Saman Keatas Apple Kerana Masalah Butang Kuasa iPhone 4, 4S Dan 5 Akan Didengari Tahun ini
Adakah anda mengalami masalah butang kuasa pada iPhone 4, 4S dan 5 yang dimiliki? Sebilangan pengguna tiga peranti di atas melaporkan masalah ini dan telah memfailkan saman ke atas Apple pada tahun 2013 kerana syarikat tersebut dituduh tidak menyelesaikan masalah ini. Selepas penantian selama hampir enam tahun, kes ini akhirnya akan didengari di mahkamah California pada bukan Oktober hadapan.
Masalah dikatakan berlaku sekitar setahun selepas iPhone 4 dan 4S dibeli dan sekitar tiga tahun selepas iPhone 5 dibeli. Butang kuasa pada peranti dikatakan tidak responsif apabila ditekan dan menyusahkan pengguna. Apple ada menawarkan program baik pulih percuma untuk butang kuasa iPhone 5 sahaja selepas sepuluh bulan masalah dilaporkan. Sekiranya kes dimenangi, Apple akan diminta memberikan ganti rugi kepada pengguna yang melakukan baik pulih butang kuasa menggunakan wang sendiri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IZ2YTp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment