Oppo A9 Kini Rasmi – Hadir Dengan Cip Helio P70 Dan Bateri 4020mAh
Oppo kini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah siri-A, iaitu Oppo A9. Ia hadir dengan rekaan skrin bertakuk, penggunaan dwi-kamera dibelakang, dan turut dilengkapi dengan spesifikasi pertengahan.
Oppo A9 menggunakan skrin 6.53-inci HD+ bertakuk, cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4020mAh, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.
Untuk rakaman gambar, Oppo A9 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16-megapixel.
Dari segi rekaan keseluruhan, boleh dikatakan ia hadir seumpama beberapa peranti lain keluaran Oppo, selain turut menyertakan sokongan GameBoost 2.0 bersama dengannya.
Di China, Oppo A9 disenaraikan pada harga bermula RMB1799, iaitu sekitar RM1108.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2L3z2IM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment