Adikomputer Fugaku Dari Jepun Akan Beroperasi Menjelang 2021
Takhta adikomputer terpantas di dunia dipegang oleh Summit yang dimiliki oleh Oak Ridge National Laboratory (ORNL) Jabatan Tenaga Amerika Syarikat. Ia dibina oleh gergasi pengkomputeran IBM dengan kelajuan mengira pada kadar 200 petaFLOPS. Takhta adikomputer terpantas dunia dahulu dipegang oleh K yang dihasilkan oleh Fujitsu. Ia kini tidak lagi beroperasi dan akan digantikan oleh Fugaku yang akan beroperasi bermula 2021.
Fugaku ialah nama samaran untuk Gunung Fuji. Seperti K, Fugaku akan dibina oleh Fujitsu dan mensasarkan kelajuan mencecah 1 exaFLOPS. Seperti Frontier dan Aurora yang akan dibina oleh Cray Inc, Fugaku juga mensasarkan operasi menjelang 2021. Kos pembinaan adikomputer ini ialah sekitar ¥110 billion (~RM 4.2 bilion) dan akan digunakan untuk tujuan kajian oleh syarikat dan universiti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2K8Of99
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment