Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jualan Telefon Pintar Olok-Olok Meningkat Di Mexico City Bagi Mengelakkan Pengguna Disamun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jualan Telefon Pintar Olok-Olok Meningkat Di Mexico City Bagi Mengelakkan Pengguna Disamun

Telefon pintar di tangan anda mungkin adalah benda paling berharga yang dibawa setiap hari. Pengguna peranti mercu misalnya membelanjakan lebih RM3000 untuk membeli peranti yang digunakan selama beberapa tahun. Kerana nilai jualan semula peranti mercu yang tinggi, mereka juga menjadi sasaran popular penyamun. Di Mexico City, jualan telefon pintar olok-olok mula meningkat kerana kejadian samun di bandaraya tersebut.

Menurut laporan Associated Press, pengguna membelanjakan di antara 300-500 Pesos (~RM 66-110) untuk membeli telefon pintar olok-olok. Peranti olok-olok ini mempunyai skrin yang mampu memaparkan animasi seakan pada skrin dan mempunyai berat yang hampir sama dengan peranti sebenar. Ini diharap dapat digunakan sebagai ganti peranti sebentar sekiranya mereka disamun.

Telefon pintar olok-olok ini sebenarnya dihasilkan bagi mengelakkan kejadian rompakan di kedai tetapi kini digunakan pula oleh penduduk Mexico City untuk tujuan yang sama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2JFYdzn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.