Hi! Welcome Back and Stay Tune! LAGU RAYA ARTIS 90AN YANG DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LAGU RAYA ARTIS 90AN YANG DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP

LAGU RAYA ARTIS 90AN YANG DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP. Tu dia.. semua pakat dah on mood raya katanya. Yang mana belum buat preparation raya tu time ni confirm dah sibuk. Almaklum la cuti sekolah pun dah start ni kalau pergi mana2 Mall, pasaraya confirm bercium bontot la. Masing masing ambil peluang beli baju raya bagai kan.

Stesen radio pun time ni dah meriah putar lagu raya tak kira lagu lama atau lagu baru. Tak ada lagu raya memang tak feel la kan nak sambut raya. Cuma yang tak best.. Tahun ni masih dapat baca berita berita orang putus jari la.. cedera parah sebab mercun. Gamaknya kalau tak main mercun, anak bulan tak nampak kot. Hangpa ni.. Main mercun pop pop sudah la. Bukan je tak bahaya orang sekeliling pun tak marah & tak bising. Janji mercun ye dak?

Dok scroll FB tengok orang update pasal preparation raya bagai.. Ternampak satu posting dari vokalis band yang pernah popular tahun 90an dulu. Sapa yang kategori jiwang masa tu confirm tahu kumpulan budak kaca mata ni. Sekarang dah tak budak. Memasing dah jadi bapak budak. Kita pun minat juga dengan budak kaca mata ni sebab dulu suka dengar & call radio. Asbab minta budak kaca mata ni sebab lagu bintang. Asal call radio tetengah malam mesti minta dj mainkan lagu bintang. Sampai kadang2 tak sempat nak cakap.. Dj tu sendiri dah tau lagu apa den nak minta. Hahahaha

Terbaca luahan hati abang Zack yang ada merakamkan lagu raya bersama kartunis Ujang tahun lepas tapi sampai tahun ni tak ada mana mana stesen radio sudi mainkan lagu depa. Bila den dengar lagu dia not bad.. Sedap & melodi raya tu ada. tak la macam lagu lagu raya baru sekarang. Entah apa apa punya lagu sampai spoil mood raya. Ni dengarnya si alip sukeri jutawan kosmetik tu pun nak record lagu raya. Allahu.. Selamatkan kami dari terdengar sesuatu yang berunsur malapetaka tu. Cukup la Bobo di mana dah menghantui kami kami ini. hahahahaha..


Di sebabkan stesen radio tak nak mainkan lagu Reraya dendangan Abang Zack yang bersuara serak serak basah yang mengooda ni.. Apa kata kita support beliau dengan share lagu ni kat wall FB memasing. Sesambil tu boleh buat ucapan raya sekali. Biar viral lagu ni. Sebab memang sedap pun.. Lirik dia pun indah mengambarkan suasana raya. Hangpa boleh dengar dari link youtube kat bawah ni satgi


Hope stesen radio mainkan lagi abang Zack kaca mata yer.. Dari dok mainkan lagu raya baru yang entah apa apa.. Bukan takat tak sedap.. trauma tau lepas dengar. Boleh mimpi ngeri.. Ada bagus lagu lagu macam abang zack ni di mainkan. At least orang sambil drive tu tenang je dengar. Please jangan pinggirkan artis lama.. Sebab kebanyakkan artis yang wujud tahun 90an ni semua kualiti suara & bakat mereka memang tip top, Bukan sekadar gah dengan rupa & kontroversi je.

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Mcfoeb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.