Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dompet Digital Boost Kini Membolehkan Masyarakat Menyumbang Derma Secara Nirtunai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dompet Digital Boost Kini Membolehkan Masyarakat Menyumbang Derma Secara Nirtunai

Baru-baru ini, Boost – aplikasi dompet digital telah memperlihatkan ciri aplikasi mereka iaitu E-Derma. Ciri ini berfungsi bagi penggunaan sumbangan sosial secara nirtunai.

Menerusi pengenalan ciri ini, Boost telah memperkenalkan Yayasan Kebajikan Negara di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai rakan kongsi baharu mereka. Kerjasama ini sekali gus dapat memperkemaskan lagi sistem sumbangan secara nirtunai ini pada aplikasi.

Untuk makluman anda, ciri e-derma ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pemupukan nilai menderma dalam kalangan warga digital. Di mana, ia turut memberikan ruang kepada badan amal dan NGO untuk melaksanakan hebahan bagi setiap kempen yang sedang dijalankan. Terdapat 30 badan kebajikan dan rakan NGO telah turut serta dalam platform ini.

Pelaksanaan ciri ini juga adalah sebahagian daripada langkah Boost untuk menghubungkan badan amal bersama masyarakat. Sehingga kini, kutipan pada platform telah mencapai lebih daripada setengah juta ringgit. Malah lebih daripada 4 juta pengguna telah mula giat menggunakan ciri ini bersama dengan tagar #DoGoodWithBoost.

Adanya platform sebegini, kaedah sumbangan yang terkumpul dilihat menjadi lebih mudah, telus dan selamat. Bagi mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari pada pautan di bawah.

Layari: Aplikasi Boost E-Derma



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2wppb5C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.