Hi! Welcome Back and Stay Tune! BukaGlobal – Inisiatif BukaLapak Dalam Meluaskan Platform E-Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BukaGlobal – Inisiatif BukaLapak Dalam Meluaskan Platform E-Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia

BukaLapak, platform e-dagang Indonesia kini telah melebarkan sayap perniagaan mereka dengan melancarkan inisiatif terbaru, iaitu BukaGlobal. Menerusi pelaksanaan platform baharu ini, ia memfokuskan perkembangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada pasaran antarabangsa.

Pelancaran platform ini turut memperlihatkan perkembangan e-dagang Indonesia memasuki pasaran di Malaysia dan beberapa buah negara Asia lain seperti Brunei, Hong Kong. Singapura dan Taiwan

Pelaksanaan ini dilihat antara inisiatif e-dagang Indonesia dalam meningkatkan akses, infrastruktur dan hubungan pasaran mereka dengan meluaskan empayar e-dagang ke peringkat lebih tinggi. Seterusnya, bagi menangani isu kos penghantaran pula, BukaLapak turut mengadakan kerjasama dengan Janio Technologies untuk mencapai piawaian harga yang terbaik pada perkhidmatan penghantaran serantau.

Selain itu melalui pelaksanaan ini, secara tidak langsung ia dapat memperkemaskan infrastruktur ekonomi antara Malaysia dan Indonesia pada industri PKS. Untuk makluman anda, buat masa ini ruangan bagi penjual pada platform BukaGlobal ini hanya tersedia buat penjual di Jakarta dan Tangerang sahaja, Dari semasa ke sama ia akan dikemaskini untuk kemasukan kepada peniaga luar pula.

Anda kini boleh memuat turun aplikasi BukaLapak ini di Apple Store dan Google Playstore pada peranti pintar. Bagi mengetahui maklumat lanjut, anda juga boleh layari pada pautan di bawah.

Layari: Platform E-Dagang Indonesia – BukaLapak



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2K4XFTb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.