Alibaba Cloud Dan Sena Traffic System Bekerjasama Bagi Pelaksanaan Operasi Trafik Pintar Di Malaysia
Baru-baru ini, Alibaba Cloud telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Sena Traffic System, bagi pelaksanaan sistem pengurusan trafik pintar di Malaysia. Apa yang menarik, sistem ini akan menggunakan infrastruktur trafik pintar berasaskan kecerdasan buatan dan sistem awanan.
Sena adalah sistem trafik pintar Malaysia yang pertama menguruskan makmal R&D trafik pintar. Menerusi kerjasama ini, Sena mampu tampil dengan penyelesaian lebih baik pada landskap infrastruktur trafik negara.
Untuk makluman anda, melalui kerjasama ini, Alibaba Cloud akan membekalkan perisian awanan mereka. Sena pula bertanggungjawab pada bahagian pelaksanaan rekaan algoritma untuk sistem lampu isyarat di bandar.
Seterusnya, penyelesaian trafik pintar ini dilihat berfungsi untuk mengadaptasi trafik persekitaran. Di mana sistem akan berubah mengikut kesesuaian masa dan kesesakan trafik pada setiap kawasan. Pada acara yang sama, Sena turut memperlihatkan demonstrasi sistem pengurusan trafik yang bukan sekadar mengawal kesesakan, namun turut dapat mengesan kemalangan, kadar kenderaan dan mengoptimumkan isyarat trafik.
Melalui kolaborasi ini, jelas menunjukkan inisiatif Alibaba Cloud sebagai rakan kongsi untuk terus memperkasakan teknologi di Malaysia. Pada masa ini, Sena masih lagi di peringkat analisis dan telah menjalankan pemerhatian mereka pada empat kawasan iaitu Putrajaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WikOrT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment