Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dilaporkan Bakal Melancarkan Kriptowang Tersendiri Pada Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dilaporkan Bakal Melancarkan Kriptowang Tersendiri Pada Tahun Hadapan

Facebook telah diperkatakan beberapa kali yang mana bakal hadir dengan kriptowang tersendiri. Terkini, menurut laporan BBC, gergasi laman sosial berkenaan dijangka memperkenalkan kirptowang tersendiri di beberapa buah negara pada tahun hadapan, 2020.

Buat masa ini, ia dikenali secara dalaman dengan nama kod “GlobalCoin”. Facebook dijangka mengujinya sekitar penghujung tahun ini, sebelum melancarkannya pada tahun 2020 kelak.

Ia dikatakan Facebook akan menggunakan kriptowang untuk memudahkan pembuat bayaran – tanpa memerlukan seseorang mempunyai akaun bank. Ini juga akan memudahkan pengguna menghantar wang antara negara, selain memudahkan pembayaran secara mudah-alih.

Pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan ini buat masa ini. Semestinya pelbagai perkara akan menjadi fokus ramai sekiranya kriptowang Facebook diperkenalkan – termasuk sama ada ia akan terikat dengan mata wang fizikal, atau bergantung kepada nilainya tersendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VPJyDo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.