Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Kini Tidak Dibenarkan Menggunakan Teknologi Daripada SD Association - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Kini Tidak Dibenarkan Menggunakan Teknologi Daripada SD Association

SD Association ialah sebuah persatuan teknologi storan yang memiliki lesen dan paten dibelakang teknologi-teknologi yang hadir melalui perkakasan sepeti kad SD dan mikroSD yang sering digunakan didalam peranti-peranti seperti kamera dan juga peranti pintar.

Sekatan kerajaan Amerika Syarikat keatas Huawei menyebabkan banyak syarikat-syarikat terpaksa memotong hubungan dengan syarikat teknologi tersebut, dan terkini, SD Association baru sahaja mengumumkan bahawa mereka salah satu daripadanya.

Ini bermakna bahawa Huawei tidak lagi dibenarkan menggunakan teknologi SD (Secure Digital) melalui peranti-perantinya yang akan dilancarkan dimasa akan datang.

Jika dilihat secara kasarnya, ini merupakan satu isu yang agak besar bagi pihak Huawei, kerana mereka perlu menggunakan teknologi lain untuk memuatkan storan tambahan pada peranti-peranti mereka.

Akan tetapi, Huawei sudahpun mempunyai teknologi storan padat mereka sendiri yang dinamakan NM, iaitu storan padat yang mempunyai saiz yang sama seperti kad nanoSIM, dan saiz storan yang cukup besar sekali. Teknologi ini pada mulanya diperkenalkan melalui peranti Huawei Mate 20.

Berita buruk daripada SD Association ini barangkali akan mempercepatkan lagi penambahbaikan teknologi NM ini, khususnya dari segi saiz storan dan juga pengurangan harga pembuatannya, untuk memastikan ia boleh digunakan oleh peranti-peranti pada pelbagai tanda harga.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2MhJRaq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.