Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barcays – iPhone Baharu Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Tanpa 3D Touch - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barcays – iPhone Baharu Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Tanpa 3D Touch

Kita sudah semakin hampir ke bulan Jun dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum model terkini iPhone akan dilancarkan. Saban tahun spekulasi mengenai pembaharuan yang diperkenalkan menjadi topik perbualan pembaca. Tahun lalu iPhone XS Max yang berskrin lebih besar diperkenalkan. Tahun ini mungkin iPhone tidak lagi menyertakan sokongan 3D Touch.

Ini adalah menurut laporan MacRumors, yang memetik analisis Barclays selepas mereka menghubungi pembekal komponen Apple di Asia. Sebaliknya ia digantikan pula dengan sistem Haptic Touch yang sebelum ini hanya digunakan pada iPhone XR. Penggunaan 3D Touch yang agak rendah dikatakan penyebab ia digantikan dengan Haptic Touch yang sudah memadai.

Ramalan seterusnya ialah iPhone XR 2019 akan dilengkapi 4GB RAM bagi meletakkannya setanding dengan jumlah RAM pada iPhone XS dan XS Max tahun ini.

Dalam laporan yang sama, mereka meramalkan iPhone 2020 akan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin seperti pada Galaxy S10+.  Pengenalan semula sistem pengimbas cap jari Touch ID adalah agak mengejutkan jika benar kerana Apple pernah berkata Face ID adalah sistem yang lebih selamat digunakan.  Pada tahun yang sama iPhone akan menyertakan sokongan rangkaian 5G.

Apple kini lebih berhati-hati sebelum memperkenalkan inovasi teknologi. Kerap kali teknologi generasi pertama akan dilangkau sehinggalah ia berfungsi lebih sempurna. Ini dapat dilihat pada pengenalan skrin OLED serta pengecasan pantas.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HDmq7u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.