Hi! Welcome Back and Stay Tune! Space X Melancarkan 60 Satelit Starlink Untuk Menghasilkan Rangkaian Internet Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Space X Melancarkan 60 Satelit Starlink Untuk Menghasilkan Rangkaian Internet Global

Space X telah berjaya melancarkan 60 satelit Starlink mereka ke orbit semalam menggunakan roket Falcon 9. Projek Starlink akan mewujudkan rangkaian Internet jalur lebar dengan rangkaian 20,000 satelit. Ini ialah inisiatif mereka untuk menawarkan perkhidmatan Internet mampu milik yang melitupi permukaan bumi.

Misi Starlink ini dilancarkan lewat sembilan hari kerana halangan cuaca yang buruk. Setiap satelit Starlink adalah seberat 227 kilogram dan menggunakan kuasa solar untuk beroperasi. Ia mengorbit pada ketinggian 550 kilometer dari permukaan bumi bagi mengurangkan masa pendam pada perkhidmatan Internet yang ditawarkan.

Setiap satelit dibina menggunakan bahan yang 95% akan terbakar sepenuhnya apabila memasuki atmosfera bumi. Ini dilakukan bagi mengelakkan saki baki satelit menjadi sampah angkasa lepas.

Seperti kesemua misi pelancaran Space X, roket Falcon 9 yang digunakan kembali mendarat ke bumi untuk digunakan semula untuk misi seterusnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QmAdC0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.