Android Beam Tidak Lagi Ditawarkan Pada Android Q – Fungsi Penghantaran Fail Melalui NFC
Google telah memperlihatkan banyak fungsi baru pada versi beta terkini Android Q, namun tidak menyatakan fungsi yang dibuang pada Android ini. Melalui perkenalan Android Q, ia tidak lagi membawakan fungsi perkongsian fail Android Beam secara terbina.
Android Beam merupakan fungsi yang membenarkan anda menghantar fail menerusi NFC. Ia memerlukan pengguna mendekatkan telefon penghantar dan penerima di bahagian belakang untuk menghantar gambar, video, dan fail.
Fungsi ini telah diperkenalkan sejak Android 4.0 pada 2011, namun penggunaannya dilihat semakin berkurangan. Pengguna pada saat ini lebih selesa menggunakan aplikasi permesejan untuk menghantar sejumlah fail ini.
Dengan pembuangan fungsi ini, ia sekaligus tidak membenarkan lagi pengguna menghantar fail menerusi NFC pada peranti Android. Namun anda masih menggunakan aplikasi seperti Files yang sedia menawarkan fungsi penghantaran yang pantas melalui WiFi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Wtb6zK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment