Grab Berikan Sedikit Subsidi Untuk Mudahkan Peralihan Pemandu Mematuhi Peraturan Seru-Pandu
Bermula 12 Julai ini, semua pihak sedia maklum akan penguat-kuasaan peraturan baharu pada aplikasi seru-pandu negara. Selari dengannya, pihak Grab kini mengumumkan fasa pertama dengan hadir bersama Pakej Pikul Bersama. Pakej ini bertujuan untuk membantu para pemandu Grab bagi menanggung bebanan kos yang perlu dipatuhi.
Untuk makluman anda, pelaksanaan fasa pertama ini terdapat 3 langkah pendaftaran yang perlu dilalui oleh setiap pemandu seru-pandu. Langkah pertama, anda perlu dapatkan pemeriksaan kesihatan. Langkah ini bagi memenuhi syarat yang terkandung pada borang JPJL8A bagi pemeriksaan kesihatan untuk lesen PSV. Buat pemandu Grab, anda tidak perlu khuatir lagi kerana pihak Grab telah memberi subsidi pada panel klinik yang terpilih iaitu di Lembah Klang, Selatan, Utara, Borneo dan Pantai Timur.
Grab akan membayar balik maksima RM20 kepada pemandu ketika melakukan pemeriksaan kesihatan ini.
Seterusnya, langkah kedua adalah perlu melalui pemeriksaan Puspakom. Langkah ini hanya termaktub pada kereta yang berusia lebih daripada 3 tahun. Menerusi langkah ini, pihak Grab turut menyediakan panduan kepada pemandu untuk pendaftaran pada MyPuspakom. Grab menawarkan bayaran balik sebanyak RM70 untuk pemeriksaan Puspakom untuk kenderaan lebih 3 tahun.
Langkah ketiga pula memerlukan pemandu untuk hadir latihan bagi pemilikan lesen PSV. Buat masa ini pihak Grab sedang berusaha untuk memastikan peralihan yang lancar untuk setiap rakan pemandu untuk menjadi rakan pemandu seru-pandu yang sah disisi perundangan. Oleh itu, Grab berkerjasama dengan beberapa Institut Memandu untuk memberi subsidi ke atas kos latihan PSV yang memakan masa selama 6 jam.
Grab menawarkan pulangan wang kembali maksima RM50 untuk latihan PSV di sekolah memandu seluruh negara.
Bagi anda yang ingin mendapatkan lesen PSV untuk perkhidmatan seru-pandu melalui Grab, anda boleh menyemak laman rasmi Grab hari ini, dan mengetahui langkah-langkah dalam mengurangkan bebenan kewangan anda dalam peralihan baru ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DXomFw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment