Samsung Mengumumkan Sensor Kamera 64-Megapixel Untuk Telefon Pintar
Samsung sedia menawarkan sejumlah komponen untuk telefon pintar, dan salah satunya adalah sensor kamera. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan penawaran sensor kamera 48-megapixel, dan hari ini Samsung membawa ia setapak lagi kehadapan dengan mengumumkan sensor ISOCELL Bright GW1 sebesar 64-megapixel.
Sensor kamera baru ini turut menggunakan sensor pengimejan 0.8μm seperti terdapat pada sensor 48-megapixel sebelum ini.
Sensor ini dapat menjana gambar pada resolusi 16-megapixel secara asasnya, termasuk ketika keadaan cahaya malap. Namun, pengguna akan diberikan dengan akses tetapan merakamkan gambar 64-megapixel pada keadaan cahaya persekitaran cerah.
Dengan pengumuman sensor 64-megapixel ini, kita mungkin melihat pelbagai peranti menggunakan sensor sebesar ini hadir ke pasaran tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YbFa32
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment