Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba ThinkPad Baru Yang Dikuasakan Oleh CPU AMD Ryzen Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba ThinkPad Baru Yang Dikuasakan Oleh CPU AMD Ryzen Pro

Jenama Lenovo ThinkPad boleh dikatakan diantara peranti-peranti idaman apabila bercakap mengenai komputer riba yang digunakan untuk tugasan produktiviti. Hari ini, nampaknya Lenovo telah menambahkan satu siri CPU baru kepada barisan model tersebut.

Lenovo ThinkPad T495, ThinkPad T495s dan ThinkPad X395 adalah tiga model yang hadir dengan siri CPU AMD Ryzen, yang bukan sahaja menjanjikan prestasi yang berkuasa, tetapi juga penggunaan bateri yang lebih cekap.

Model-model ThinkPad T495 dan T495s hadir dengan paparan 14 inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, manakala model ThinkPad X395 pula dilengkapi dengan paparan bersaiz 13 inci dengan resolusi yang sama.

Dari segi pilihan CPU pula, Lenovo mengatakan model paling asas didalam siri-siri ini akan dilengkapi dengan CPU AMD Athlon Pro 300U yang mempunyai GPU terbina Radeon Vega 3, sehinggalah pilihan CPU AMD Ryzen 7 3700U yang mempunyai GPU terbina Radeon Vega 10.

Kesemua komputer riba Lenovo ThinkPad ini hadir pada harga asas $1089 (RM4520) tetapi masih belum hadir di pasaran tempatan buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Yhv5ls

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.