Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Memperkenalkan Project Athena Open Labs – Makmal R&D Untuk Pembina Komponen Komputer Berkuasa Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Memperkenalkan Project Athena Open Labs – Makmal R&D Untuk Pembina Komponen Komputer Berkuasa Rendah

Project Athena ialah sebuah inisiatif daripada Intel untuk memastikan komponen-komponen dalaman yang digunakan didalam sebuah komputer riba bertepatan dengan penggunaan kuasa yang rendah untuk memastikan bahawa peranti tersebut bukan sahaja hadir dengan prestasi yang bagus, dan menggunakan kuasa bateri yang rendah.

Jika ini bunyi seperti projek Ultrabook sebelum ini oleh Intel, ini adalah kerana ia hampir seperti konsep yang sama, cuma untuk julat peranti yang lebih besar, dan bukan sahaja peranti premium.

Baru-baru ini, Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka tiga pusat Project Athena Open Labs di Taipei, Shanghai dan Folsom, California dimana peranti-peranti seperti ini dibangunkan.

Project Athena Open Labs ini direka untuk memudahkan pembina-pembina komponen dan peranti boleh bekerjasama dengan pihak Intel untuk memastikan komponen-komponen yang digunakan selari dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Project Athena.

Makmal-makmal Project Athena Open Labs ini dijangka akan dibuka pada bulan Jun 2019 tidak lama lagi, manakala peranti-peranti yang dibina dengan spesifikasi Project Athena dikatakan akan tiba pada tahun 2020 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2PZRCAk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.