Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bose Noise Cancelling Headphones 700 Dilancarkan Dengan Rekaan Bergaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bose Noise Cancelling Headphones 700 Dilancarkan Dengan Rekaan Bergaya

Jika anda kerap menaiki penerbangan jarak jauh, fon kepala dengan pembatalan hingar adalah wajib digunakan bagi memudahkan proses tidur. Di pasaran Malaysia kini terdapat banyak fon kepala dengan pembatalan hingar seperti Sony MDR-1000XM3 dan Jabra Elite 85h yang baru dilancarkan di Malaysia semalam. Bagi peminat Bose, Noise Cancelling Headphones 700 telah diumumkan pagi tadi.

Fon kepala dengan sistem pembatalan hingar aktif ini  mempunyai rekaan yang bergaya jika dibandingkan dengan keluarga Quiet Comfort yang juga dihasilkan oleh mereka. Jika dibandingkan dengan QC 35 II, Noise Cancelling Headphone 700 mempunyai tahap pembatalan hingar yang lebih baik serta pelbagai tahap yang tidak ditawarkan sebelum ini.

Sistem Bose AR baharu disertakan bagi memberikan kemampuan audio terimbuh pertama di dunia. Butang khas untuk menyeru pembantu maya Google Assistant dan Alexa disertakan. Kawalan audio menerusi pad sesentuh turut boleh dilakukan.

Dengan sekali caj, fon kepala ini boleh berfungsi sehingga 25 jam dengan tempoh pengecasan penuh pula ialah 2.5 jam. Ia dicas semula menggunakan port USB-C. Bose Noise Cancelling Headphones 700 dijual pada harga $400 (~RM 1700) sepasang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2EGSF3M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.