Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sindiran Tun M: Ini Jawapan Ibrahim Ali… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sindiran Tun M: Ini Jawapan Ibrahim Ali…

(Utusan) – Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menyindir tindakan beberapa individu menubuhkan parti politik baharu yang berteraskan orang Melayu dan bumiputera kerana boleh menyebabkan orang Melayu semakin berpecah.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diketuai oleh Datuk Dr. Ibrahim Ali baru-baru ini, sekali gus menjadi parti keempat yang berteraskan orang Melayu selepas UMNO, Pas, Bersatu dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ibrahim Ali bagaimanapun mempunyai pandangan tersendiri tentang penubuhan Putra dalam membela nasib orang Melayu.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau bagi menjawab sindiran oleh Dr. Mahathir:
Saya menyambut baik sindiran Tun Mahathir yang memberi komen bahawa penubuhan Putra adalah perkembangan baik kerana mengalakkan perpecahan orang Melayu.
Kalau ada 100 parti Melayu lagi baik jika ini yang dikehendaki oleh orang Melayu.
Putra ditubuhkan sebenarnya atas semangat dan contoh yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin yang menubuhkan PPBM atau Bersatu.
Parti Bersatu telah pun berjaya menghancurkan UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana itu yang dikehendaki oleh orang Melayu. Sebutlah apa sahaja alasan kerana ada pihak sentiasa bersikap orang lain sahaja tidak betul tetapi diri sendiri tidak pernah rasa bersalah.
Maka Bersatu telah mengorak langkah ke arah matlamat 100 parti orang Melayu.
Sebelum Bersatu yang mengambil langkah bijak menubuhkan parti bagi menjaga perpaduan orang Melayu ialah Amanah dan PKR. Malangnya Bersatu jatuh nombor tiga. Jika Putra jatuh nombor empat, masih ada 96 lagi parti orang Melayu patut ditubuhkan untuk mencapai 100 buah parti.
Bezanya, jika silap Putra ditubuh jika dibandingkan dengan Bersatu yang menjaga kepentingan orang Melayu ialah Putra tidak bersekongkol dengan DAP yang banyak jasa membina perpaduan rakyat Malaysia.


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QyUCns

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.