Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fave Memperkenalkan Sistem Pesanan Makanan Terus Dari Meja Secara Nirtunai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fave Memperkenalkan Sistem Pesanan Makanan Terus Dari Meja Secara Nirtunai

Anda kini tidak perlu khuatir lagi untuk membuat sebarang pesanan makanan di restoran, sekiranya tidak dilayan oleh pelayan. Fave baru-baru ini, telah melancarkan ciri baharu iaitu pesanan terus dari meja di 50 restoran di seluruh Malaysia. Ini membolehkan pengguna untuk membuat pesanan makanan dan membayar tanpa perlu memanggil pelayan restoran atau beratur panjang terlebih dahulu.

Ciri ini berfungsi dengan menggunakan imbasan kod QR pada bahagian hujung setiap meja restoran. Pengguna hanya perlu menambah maklumat seperti nombor meja restoran, dan pesanan makanan. Setelah itu anda boleh melakukan pembayaran secara nirtunai dengan FavePay dan dapatkan pulangan tunai sebanyak berapa peratus yang dinyatakan pada pelekat kod QR tadi.

Selain memudahkan pengguna dalam membuat pesanan, ciri ini turut memberi impak yang positif kepada operasi perniagaan. Di mana ia mampu meningkatkan produktiviti tenaga kerja pelayan pada operasi restoran.

Untuk makluman anda, Fave antara aplikasi yang hadir dengan pelbagai tawaran menarik. Di mana ia hadir dengan diskaun harga menjimatkan sehingga 80% di restoran kegemaran anda. Melalui fave juga anda berpeluang untuk mendapatkan 30% pulangan tunai segera.

Buat masa ini, Fave hanya menyediakan ciri bagi waktu makan malam sahaja. Pada masa hadapan, Fave lebih berkomitmen tinggi untuk mengembangkan pertumbuhan mereka di Asia Tenggara dengan hadir bersama ciri lain.

Apa yang ditawarkan oleh Fave ini mempunyai persamaan dengan yang diperlihatkan oleh WeChatPay MY pada penghujung Mac yang lalu untuk rangkaian restoran Syed Bistro.

Bagi anda yang ingin menikmati tawaran ciri ini, boleh memuat turun aplikasi Fave di App Store dan Google Playstore. Manakala, untuk mengetahui maklumat lanjut anda juga boleh layari pada pautan di bawah.

Layari: Fave Malaysia – Ciri Pemesanan Meja



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2KcEnv3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.