Google Mengemaskini Polisi Play Store Bagi Memastikan Kandungan Selamat Untuk Kanak-Kanak
Satu kerisauan saya sebagai seorang bapa ialah kandungan yang tidak sesuai dipaparkan pada peranti ketika digunakan oleh anak. Dahulu berlaku masalah video YouTube yang dihasilkan untuk kanak-kanak tetapi mempunyai elemen bahaya dan dewasa. YouTube segera membanteras masalah ini dengan sistem tapisan dan mengharamkannya terus.
Tetapi masalah paparan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak masih berlaku dalam aplikasi. Untuk membanteras masalah ini, Google telah mengemaskini polisi untuk pembangun aplikasi Play Store. Pertama sekali aplikasi yang menyasarkan kanak-kanak perlu hanya memaparkan iklan yang telah melepasi piawaian kandungan oleh Google. Aplikasi yang menyasarkan pengguna yang dewasa juga perlu memaparkan maklumat yang lebih terang kepada pengguna.
Polis mengenai kotak tikam dalam aplikasi juga dikemaskini dengan maklumat kebarangkalian menerima apa yang ingin dibeli. Pembangun kini perlu mengisi maklumat mengenai golongan sasaran aplikasi yang diperkenalkan. Ini membolehkan aplikasi yang dibangunkan disaring oleh ibu bapa menerusi fungsi Family Link. Polisi akan berkuatkuasa serta merta tetapi pembangun diberikan tempoh sehingga 1 September 2019 untuk mengisi maklumat sasaran aplikasi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2I843q7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment