Hewlett Packard Enterprise Mengambil Alih Pengeluar Adikomputer Cray Inc
Minggu lalu kami ada melaporkan Cray Inc akan menghasilkan adikomputer terpantas di dunia Frontier yang menggunakan cip keluaran AMD. Frontier akan mempunyai kepantasan mengira 1.5 Exaflop dan adalah lebih pantas berbanding Aurora yang menggunakan cip Intel. Pihak Hewlett Packard Enterprise (HPE) semalam telah mengumumkan mereka mengambil alih firma Cray Inc.
Di dalam kenyataan media, HPE bersetuju membayar $1.3 bilion untuk mengambil alih Cray Inc. Mereka melihat masa hadapan dimana penggunaan adikomputer akan meningkat dalam memproses data rumit, simulasi komputer, ramalan kaji cuaca, matematik dan fizil. Cray Inc telah wujud sejak 1972 dan mereka amat sinonim dalam pembangunan adikomputer seperti Cray-1 serta Cray-2 yang muncul di dalam beberapa novel fiksyen sains.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2w7OUQ4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment