Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Kini Dihalang Dari Menggunakan Perkhidmatan Android Oleh Google - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Kini Dihalang Dari Menggunakan Perkhidmatan Android Oleh Google

Kesan halangan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat minggu lalu mula kelihatan. Hari ini Google menggantung akses serta sokongan Android kepada Huawei secara serta merta. Ini bermakna telefon pintar keluaran Huawei selepas ini tidak lagi akan menerima lesen menggunakan Android. Pada waktu yang sama tiada lagi sokongan kemas kini dan akses kepada kesemua perkhidmatan GApps seperti Play Store.

Huawei P30Huawei hanya boleh mengakses Android AOSP sahaja selepas ini seperti yang dilakukan beberapa pengeluar di China yang tidak menerima pentauliahan. Pihak Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Google menghentikan hubungan perniagaan. Mereka hanya berkata akan menentang halangan yang dikenakan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat minggu lalu.

Yang pasti ia akan mendatangkan kesan yang besar ke atas perniagaan peranti mudah alih Huawei yang bergantung sepenuhnya kepada sistem operasi Android. Pada suku pertama 2019, Huawei ialah pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia di belakang Samsung dan di hadapan Apple. Mereka sebelum ini mengumumkan komited akan memberikan kemas kini ke Android Q seawal yang mungkin. Ia juga menimbulkan tanda tanya sama ada pelancaran Honor 20 akan diteruskan esok.

Bacaan lanjut: Ini Yang Anda Perlu Tahu Disebalik Pengharaman Huawei Menggunakan Android



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2w9oI7K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.