Redmi K20 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada Minggu Hadapan
Kita telah sedia mendengar mengenai beberapa desas-desus berkenaan telefon pintar mercu terbaru dibawah jenama Redmi sejak beberapa minggu lepas. Terkini, akhirnya tarikh pelancaran telefon pintar berkenaan diketahui, dimana pihak Xiaomi menjadualkan pengenalannya pada 28 Mei 2019 kelak di China.
Redmi K20 dijangka menyertakan cip Snapdragon 855, selain mungkin turut menyertakan sokongan kamera yang baik bersama-sama dengannya – berkemungkinan kamera 48-megapixel dibelakang.
Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, pihak Redmi dilihat memposisikannya sebagai sebuah telefon pintar yang akan “membunuh” pelbagai telefon pintar mercu lain dipasaran hari ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 28 Mei ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Redmi K20 ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2EhRVlq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment