Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S10+ Edisi Olimpik Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S10+ Edisi Olimpik Dilancarkan

Samsung adalah antara penaja Sukan Olimpik 2020. Sempena temasya empat tahun sekali ini, Samsung Galaxy S10+ edisi Sukan Olimpik telah dilancarkan di Jepun. Peranti ini adalah sebuah Galaxy S10+ Prism White dengan logo Sukan Olimpik pada bahagian belakang.

Ia hanya ditawarkan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 128GB menerusi syarikat NTT Docomo. Jualan akan dilakukan bermula Julai 2019 pada harga 114,696 Yen (~RM 4351) sebuah. Selain logo Olimpik pada bahagian belakang, pembeli turut akan menerima sepasang Galaxy Buds juga dengan logo Olimpik pada pod simpanan.

Samsung telah menghasilkan telefon pintar edisi Olimpik sejak 2012. Ketika acara Olimpik 2016 di Rio, pemberian Samsung Galaxy S7 Edge edisi khas Olimpik kepada kesemua atlet menimbulkan kontroversi kerana atlet Korea Utara diharamkan dari menggunakannya atas sebab politik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Whe79c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.