Oppo A9X Dilancarkan Dengan Kamera Swafoto 48-MP Dan Pengecasan VOOC 3.0
Oppo A9 dilancarkan hanya tiga minggu yang lalu tetapi model lebih berkuasa Oppo A9X telah dilancarkan di China pada Jumaat lalu. Oppo A9X mempunyai beberapa penambahbaikan pada kemampuan kamera swafoto serta sokongan pengecasan yang lebih pantas berbanding model asal.
Oppo A9X menggunakan skrin 6.53-inci HD+ bertakuk, cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4020mAh, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Bateri menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W) yang lebih pantas.
Untuk rakaman gambar, Oppo A9 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, selain kamera hadapan kini 48-megapixel berbanding hanya 16-Megapixel sebelum ini. Di China, Oppo A9X disenaraikan pada harga bermula RMB1999, iaitu sekitar RM1206.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HB1z3p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment