Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Menghasilkan Filem Berwarna Yang Boleh Dicetak Dan Dipadam Berulang Kali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Menghasilkan Filem Berwarna Yang Boleh Dicetak Dan Dipadam Berulang Kali

Kita kini di era digital dan tidak ramai yang mencetak gambar dalam bentuk fizikal berbanding dua dekad yang lalu. Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz yang sudah bertahun tidak mencetak gambar dengan kerap dan hanya menyimpan memori di storan awanan. Tetapi Sony masih melihat terdapat permintaan untuk filem yang digunakan untuk mencetak gambar.

Mereka telah membangunkan lapisan filem berwarna yang boleh dicetak dan dipadam berkali-kali. Lapisan filem ini dicetak dan dipadam menggunakan laser. Filem ini menggunakan bahan termfoto yang boleh dipanaskan bagi mengubah lapisan pewarna leuco yang digunakan. Imej boleh dicetak dan dipadam walaupun terletak di belakang lapisan kaca atau plastik lutcahaya. Kualiti imej yang dicetak adalah setanding dengan kualiti cetakan sedia ada menurut Sony.

Filem ini tidak dihasilkan untuk digunakan pada kamera pada waktu ini tetapi lebih mensasarkan industri percetakan. Sony akan melakukan kajian untuk melihat penggunaannya selain sebagai medium percetakan yang boleh digunakan berkali-kali.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Hsp13T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.