Hi! Welcome Back and Stay Tune! RUU Wakaf Wilayah Persekutuan dibentang di Parlimen sesi kali ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RUU Wakaf Wilayah Persekutuan dibentang di Parlimen sesi kali ini


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, RUU Wakaf Wilayah Persekutuan kini berada di tahap akhir penggubalan.
KUALA LUMPUR: Dalam menguruskan sumbangan wakaf dengan lebih baik dan menjadi model kepada undang-undang wakaf negeri, Rang undang-undang (RUU) untuk mewujudkan akta wakaf akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, RUU yang dinamakan RUU Wakaf Wilayah Persekutuan itu kini berada di tahap akhir penggubalan di Pejabat Peguam Negara sebelum sekali lagi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri.
“Buat masa ini, kita ada enakmen wakaf di setiap negeri dan ia berbeza-beza. Kita harap apabila adanya Akta Wakaf Wilayah Persekutuan ini, ia boleh jadi model undang-undang wakaf untuk diselaraskan di semua negeri di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Wakaf Global kali ke-7 2019 (GWC2019)) di sini, hari ini.
Menurut Fuziah, tujuan RUU itu diwujudkan adalah untuk memberi pemahaman berhubung peraturan dan kawal selia untuk menguruskan dana wakaf di negara ini.
“Kita harap kita boleh membawa satu undang-undang mantap, yang boleh melihat kepada isu integriti supaya wakaf ini tidak disalah guna.
“Kadang kala orang salah guna perkataan wakaf untuk kutip derma tapi tak ada cara nak mengawalnya, mereka buat salah pun kita tak boleh buat apa-apa (kerana tiada undang-undang).
“Jadi ini juga untuk berikan kita kaedah untuk mengawal salah guna perkataan wakaf. Kita mahu peluang untuk orang Islam betul-betul melaksanakan wakaf itu seperti yang dikehendaki oleh agama,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.