Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amerika Syarikat Akan Menghalang Lebih Banyak Aplikasi Dari China Kerana Didakwa Mengintip - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amerika Syarikat Akan Menghalang Lebih Banyak Aplikasi Dari China Kerana Didakwa Mengintip


Pada hujung minggu lalu Presiden Trump berkata pentadbiran beliau ingin menghalang TikTok dari beroperasi dalam masa beberapa hari kerana didakwa melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Pagi ini setiausaha negara A.S Mike Pompeo menambah kerajaan Amerika Syarikat  turut akan menghalang lebih banyak perisian dari negara tersebut.

TikTokMenurut beliau tindakan akan diambil dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Alasan yang digunakan ialah aplikasi dan perisian dari China mendatangkan risiko keselamatan negara kerana kesemua syarikat mempunyai hubungan dengan kerajaan China. Tambah beliau lagi antara data yang boleh dikongsi dengan kerajaan China ialah imbasan wajah, alamat, nombor telefon dan kandungan buku alamat.

Selepas berita TikTok akan dihalang di A.S, Microsoft mengesahkan mereka berminat untuk membeli aplikasi ini dari Bytedance. Proses pembelian ini dipercayai akan berlaku sebelum 15 September.

Tindakan pentadbiran Trump ini menerima kritikan hebat kerana tidak menerusi saluran perundangan yang betul. Ia dikhuatiri akan membuka pintu kepada Beijing untuk melakukan perkara yang sama ke atas syarikat dari A.S yang beroperasi di China.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.