Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Terkini Mendapati Sperma Sebenarnya Berenang Seperti Skru Berputar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Terkini Mendapati Sperma Sebenarnya Berenang Seperti Skru Berputar


Sejak di sekolah anda semua diajar bahawa sperma berenang seperti berudu dalam perjalanan mencari ovum. Di dalam kesemua animasi yang pernah diperlihatkan, sperma ditunjukkan berenang dengan ekor bergerak dari sisi ke sisi. Tetapi pemahaman yang berusia 343 tahun ini nampaknya salah mengikut kajian oleh University of Bristol dan Universidad Nacional Autonoma de Mexico.

Dengan menggunakan kamera berkelajuan tinggi 55,000 FPS dan sistem mikroskop 3D, penyelidik mendapati sperma sebenarnya berenang secara skru berputar (corkscrew). Selama ini sperma diamati menggunakan periskop dari atas dan pergerakan tubuh berputar ini hanya dilihat dari atas. Ini memberikan ilusi optik ekor sperma bergerak dari sisi ke sisi seperti berudu tetapi sebenarnya tidak.

Sperma ditemui oleh Antonie van Leeuwenhoek pada tahun 1677 dan beliau ialah insan pertama mengatakan ia berenang seperti belut di dalam air. Bapa sains mikrobiologi ini juga menemui bakteria menerusi mikroskop buatan sendiri. Kajian mengenai pergerakan sperma secara berputar ini telah diterbitkan di dalam jurnal Science Advances.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.