Redmi 9 Prime Bakal Diperkenalkan Pada 4 Ogos Ini
Bulan ini nampaknya kita bakal menyaksikan pelbagai acara pelancaran produk terbaru daripada sejumlah jenama. Selain Samsung, Sony, Realme dan sejumlah lagi jenama lain. Redmi juga dikhabarkan akan muncul dengan sebuah peranti terbaru.
Super excited for the launch of #Redmi9Prime on 4th Aug @ 12 noon! #PrimetimeAllrounder features best-in-class features, one among them being a display, that no other phone offers in the price band.#BackToPrime with #FHD+ display! RT if you this.#Xiaomi #FullHD pic.twitter.com/X1v63NjJNc
— Manu Kumar Jain (@manukumarjain) July 31, 2020
Dikenali sebagai Redmi 9 Prime, peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di India pada 4 Ogos ini. Salah satu tarikan utama padanya adalah penggunaan panel FHD+ dan ianya telah disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Xiaomi India, Manu Kumar Jain menerusi video pendek di Twitter miliknya. Tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasinya, namun ramai yang menjangkakan Redmi 9 Prime adalah Redmi 9 versi global yang dijenamakan semula.
Jika ianya benar, kita sudah boleh menjangkakan apa yang mungkin bakal dibawa oleh peranti ini. Namun begitu, jangan buat penilaian terlalu awal kerana ia masih satu spekulasi dan segala mengenainya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment