Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Sedang Dalam Perbincangan Lanjut Untuk Mengambil-alih ARM Daripada Softbank - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Sedang Dalam Perbincangan Lanjut Untuk Mengambil-alih ARM Daripada Softbank


Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa NVIDIA, syarikat pembuat cip pemprosesan terkemuka sedang berbincang untuk mengambil-alih ARM daripada syarkat pelaburan Softbank.

Bloomberg baru-baru ini melaporkan bahawa kedua-dua syarikat tersebut kini sedang dalam perbincangan lanjut mengenai penjualan syarikat ARM, dan ia dijangka kedua-dua syarikat ini akan mencapai perjanjian dalam masa beberapa miinggu.

Pengambilalihan ARM oleh NVIDIA daripada Softbank juga kebarangkalian akan diteliti oleh pelbagai pihak badan antimonopoli untuk memastikan NVIDIA tidak memonopoli pengeluaran cip pemprosesan ARM untuk syarikat tersebut sahaja.

Pelanggan-pelanggan ARM seperti AMD, Intel dan Apple juga pastinya akan mempunyai pelbagai soalan mengenai pengambilalihan ini, dan ingin memastikan bahawa mereka masih menerima peruntukan cip pemprosesan yang sama jika penjualan ini dibenarkan.

Menurut sumber Bloomberg lagi, NVIDIA dijangka akan perlu membayar Softbank sebanyak $55 bilion (~RM232.5 bilion) untuk pembelian ARM jika sebuah perjanjian dimeterai dalam masa beberapa minggu lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.