Google Memperkenalkan Pemalam Chrome Untuk Memudahkan Anda Melihat Bilangan Iklan Pada Sesuatu Laman Web
Google hari ini telah memperkenalkan sebuah pemalam dalam bentuk ujian, dinamakan sebagai Ads Transparency Spotlight. Dengan memasang pemalam ini pada pelayar web Chrome, pengguna boleh melihat dengan mudah berapa banyak iklan yang dimuatkan dalam sesuatu laman – selain skrip yang dimuatkan daripada laman web pihak ketiga.
Dengan langkah ini, pengguna boleh mengetahui dengan mudah berkenaan dengan skrip yang berbentuk pemantauan yang mempunyai akses kepada data pelayaran anda disesuatu laman web – termasuk berkaitan dengan media sosial, mahupun untuk memantau statistik laman web.
Untuk skrip berbentuk pemantauan, pemalam ini turut memautkan kepada halaman privasi – sekaligus memudahkan pengguna memantau polisi setiap web.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakan pemalam Ads Transparency Spotlight ini di Chrome hari ini.
Pasang : Ads Transparency Spotlight di Chrome
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment