Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony WH-1000XM4 Bakal Dilancarkan Pada 6 Ogos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony WH-1000XM4 Bakal Dilancarkan Pada 6 Ogos


Sony kini mengesahkan bahawa mereka mengadakan acara pelancaran untuk produk terbaru yang dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos ini. Perkara ini dikongsi oleh Sony menerusi sebuah video acah pendek di laman Twitter rasminya.

Meskipun, tidak mendedahkan apa yang bakal dilancarkan pada hari tersebut. Namun, ramai berspekulasi Sony mungkin muncul dengan fon telinga terbaru mereka iaitu Sony WH-1000XM4. Ditambah lagi dengan ketirisan video promosinya, ia seakan menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Memetik video promosi dikongsi, Sony WH-1000XM4 akan menggunakan cip yang sama dengan dengan WH-1000XM3 iaitu cip QN1.  Ia juga dilihat mempunyai sistem pembatalan hingar aktif bersama kualiti audio yang mengasyikkan. Selain itu, ia juga didakwa menyokong ketahanan bateri sehingga 30 jam dengan keupayaan bermain selama 5 jam secara beterusan dengan 10 minit pengecasan.

Ia juga dilihat disertakan dengan beberapa penambahan baru. Antaranya, ciri pengesanan memainkan atau menjeda audio secara automatik, bergantung pada pemakaian. Seterusnya, ciri penyesuaian untuk kawalan audio secara automatik dan ciri berbual (Speak-To-Chat) yang menjeda audio apabila anda sedang bercakap.

Seperti biasa, maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Adakah benar atau tidak ia bakal muncul pada 6 Ogos kelak? Sama-sama kita tunggu!



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.